Monday, November 9, 2015

Kesihatan Adalah Kemewahan Sebenar

2013 Vs 2015
Tiada yang lebih berharga dari kesihatan diri.
Tubuh badan kita adalah ciptaan illahi yang paling sempurna.
Jagalah ia agar ia dapat berjasa kepada kita melakukan ibadat, mencari rezeki dan memelihara keluarga. 
Tidak sukar untuk melakukannya. Mulakan dengan nekad di dalam hati untuk mula bersenam.

KEBAIKAN BERSENAM:
  • Menurunkan berat badan
  • Menguatkan otot dan tulang
  • Mengurangkan sakit sendi
  • Menurunkan kadar denyutan jantung
  • Mencegah dari penyakit darah tinggi, kencing manis dan masalah jantung
  • dan banyak lagi...

Langkah paling mudah untuk bersenam adalah dengan berjalan kaki.
Ya..berjalan merupakan satu aktiviti senaman paling mudah untuk sesiapa sahaja lakukan. 
Mulakan amalan berjalan kaki selama sekurang-kurangnya 15minit sehingga 30minit sehari, 5 kali seminggu pada rentak yang sekata dan tahap intensiti sederhana(anda masih boleh berbual dengan mudah sambil berjalan). Waktu berjalan cuba perhatikan cara anda berjalan. 
  • Adakah langkah anda mudah dan ringan atau berat dan menyeret? 
  • Adakah badan anda tegap ataupun membongkok dan lemah?
  • Adakah anda merasa sakit di sendi-sendi seperti lutut, buku lali dan sebagainya?
  • Adakah anda merasa sesak nafas atau sakit dada sewaktu atau selepas berjalan?
PENTING! Sekiranya anda dapati ada masalah sesak nafas, sakit dada, pening atau sakit sendi, sila dapatkan nasihat doktor dan periksa sekiranya ada apa-apa masalah SEBELUM anda mula bersenam. 




TUNGGU APA LAGI?
Mulakan berjalan kaki ke tempat kerja, ke kedai, di perkarangan rumah, di perkarangan pejabat, di dalam pusat membeli belah, di taman atau di mana sahaja. 

JANGAN AMBIL MUDAH! 
JANGAN BANYAK ALASAN! 
MULAKAN SEKARANG!!






"USAH GELISAH"......Renungan bersama........

Jika tiada rezeki anak,
mungkin diberikan rezeki mertua yang baik.
Maka kita lebih bahagia dari mendapat anak
yang liar.
----------------------

Jika tiada rezeki wang ringgit,
mungkin diberikan rezeki kesihatan.
Maka kita lebih bahagia dari kerisauan menjaga
harta dunia.

--------------------------
Jika tiada rezeki kereta mewah,
mungkin diberikan rezeki kenderaan yang jarang
menimbulkan masalah.
Maka kita lebih bahagia dari terganggu membayar
kerosakan yang mahal.
-----------------------
Jika tiada rezeki rumah yang besar,
mungkin diberikan rezeki makanan yang tidak
pernah putus putus.
Maka kita lebih bahagia dari golongan gelandangan.
-----------------
Jika tiada rezeki pasangan yang cantik,
mungkin diberikan rezeki pasangan yang baik
dan pandai menguruskan rumahtangga.
Maka kita lebih bahagia kerana hidup berteman
dan terjaga segala.
-------------------
Jika tiada rezeki jodoh,
mungkin diberikan rezeki umur ibu bapa yang
panjang.
Maka kita lebih bahagia dapat berbakti
sepenuhnya pada orang tua.
---------------------
Jika tiada rezeki hari ini, mungkin ada rezeki
yang lebih baik pada esok hari.
Maka kita lebih bahagia kerana rezeki yang datang tidak dijangka jangka.
------------
Doa, Usaha, Istiqomah, Tawakkal...!!!
Hanya Dia, Allah Yang Maha Adil. Amiinn!!!

-dr FB Prof Dr Muhaya

No comments: